
Rumah pertama yg Mereka jejak.. adalah rumah aku.. ini bukan Open House besar besaran.. hanya untuk mereka yg di jemput saja... Thanks LANA ,MYTHO , EKIN , JAZA , WAWA , SHAHREEN , KAK FYDA NGAN KAWAN KAK FYDA kerana sudi hadir ke rumah saya... maaf la kalau juadah yang di hidangkan kurang memuaskan.. heeee :D

Rumah kedua yang di terjah adalah rumah CARINA di Sunway.. Mentari Court... sedap makan Mee Sabah goreng ... mcm nak tapau bawak balik jer... Btw thanks Carina sudi memasakkan tuk kami semua!! sedap sgt mee sabah tuh! ehh actually mee udang goreng.. lebeh kurang mcm tuh kot.. aku pun tak ingat resepi Carina tuh.. ehehe..

Rumah ke 3.. adalah rumah LANA di Kelana Jaya... perghhh hidang heavy sikit kat sini.. nasi berlauk.. tp yg menangkap.. sambal ikan bilis tuh mmg terbaek la.. !! Thanks untie Elly yang menjemput kami makan dan beraya ke rumah.. thanks so much to lana jugak... !

Perjalan terus di mulakan.. ke Rumah 4 .. di Puchong Perdana.. iaitu rumah salah sowang SFC.. Ezzah Marzuki... jalan ke Puchong agak mencabar.. disebabkan kesesakan yang amat teruk.. tp di sebabkan semangat Raya masih tegoh dalam jiwa kami.. sampai juga ke rumah Ezzah... thanks Ezzah and Family.. Dan yg paling besh.. Mak Ezzah yg paling Spoting !! siap buat Vid ucapan hari raya ngan snap pic kitaorg kat ipad lg.. thanks again Ezzah !! :D

Pic yg di Snap oleh Mak Ezzah! Giler Sporting !

Perjalanan di teruskan ke rumah yg ke 5 ! ke rumah Zainor Jasmin di Bangi.. jauh perjalanan kali ni.. tp hanya aku , Lana , wawa , Shareen , Mytho dan Ekin saja.. kerana kak Fyda dah ketidak laratan membawa kereta jenis manual untuk meredah lautan Jem! sian Dia! sesampai jer kat umah Min.. hujan membasahi bumi Bangi dengan lebatnya.. dah dengan lebatnya kami berkumpul mkn dan bergosip dengan rancaknya jugak.. siap bertukar tempat dari ke dining room ke living hall pulak.. hahaha mmg betol2 sakan ! hingga tak sedar dah lewat sgt...

Walaupun kami kelewatan.. kami meneruskan perjalanan pulak menuju ke Keramat Pulak .. beraya di rumah terakhir.. rumah Shareen dan wawa.. perghh jam waktu tu mmg dah 12tgh mlm! kesian tuan rumah yg menunggu kami lama sgt... sambil merehat kan diri.. dpt lak layan air kopi ! perghh mmg terbaek la... hilang segala penat dan keletihan... berakhirla Baraan kami utuk hari itu... dan aku menjadi Driber bas.. mengantar anak2 pulang ke rumah masing2.......
0 comments:
Post a Comment